Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Kementerian Pembangunan sertai Regata Brunei Darussalam 2019

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Kementerian Pembangunan sertai Regata Brunei Darussalam 2019.JPG

PASUKAN Kementerian Pembangunan yang menyertai acara Lumba Perahu Tradisi Antara Kementerian-Kementerian 25 Pekayuh di Regata Brunei Darussalam 2019.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 25 Ogos. – Pasukan lumba perahu Kementerian Pembangunan pada tahun ini sekali lagi menyertai Regata Brunei Darussalam 2019 iaitu dalam acara Lumba Perahu Tradisi Antara Kementerian-Kementerian 25 Pekayuh. Acara diadakan di Perairan Sungai Brunei, Bandar Seri Begawan.

Dalam acara tersebut, pasukan Jabatan Perdana Menteri meraih gelaran juara manakala Pasukan Kementerian Pertahanan dan Pasukan Pasukan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga. Sementara itu, Pasukan Kementerian Pembangunan yang berada di lorong 13 telah meraih tempat kelima.

2_Kementerian Pembangunan sertai Regata Brunei Darussalam 2019.JPG

PASUKAN Kementerian Pembangunan beraksi semasa acara Lumba Perahu Tradisi Antara Kementerian-Kementerian 25 Pekayuh.

3_Kementerian Pembangunan sertai Regata Brunei Darussalam 2019.JPG

SUASANA Regata Brunei Darussalam 2019.

Turut menyertai regata dalam Acara Khas ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar; Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; dan Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan.

4_Kementerian Pembangunan sertai Regata Brunei Darussalam 2019.JPG

5_Kementerian Pembangunan sertai Regata Brunei Darussalam 2019.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar dan Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin juga turut serta dalam Acara Khas Regata Brunei Darussalam 2019.

6_Kementerian Pembangunan sertai Regata Brunei Darussalam 2019.JPG

SETIAUSAHA Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak dan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin POKAP DSS Haji Awang Zakaria turut menyertai Regata Brunei Darussalam 2019.

Regata Brunei Darussalam 2019 diadakan bersempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-73.

Attachments