Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
JPBD tandatangani perjanjian bersama Go Rush Co.

Oleh: Jabatan Perancang Bandar dan Desa | Foto: Jabatan Perancang Bandar dan Desa

2_JPBD tandatangani perjanjian bersama Go Rush Co.jpg

1_JPBD tandatangani perjanjian bersama Go Rush Co.jpg

JABATAN Perancang Bandar dan Desa (JPBD) ketika menandatangani perjanjian kerjasama dengan Go Rush Co., salah satu syarikat tempatan yang memberikan perkhidmatan penghantaran ke rumah-rumah dan pejabat-pejabat.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 8 Ogos. – Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Go Rush Co., salah sebuah syarikat tempatan yang memberikan perkhidmatan penghantaran ke rumah-rumah dan pejabat-pejabat.

Tujuan penggunaan perkhidmatan tersebut adalah untuk memberikan kemudahan kepada orang ramai dan pelanggan Jabatan ini khususnya Qualified Persons (QPs) dan Licensed Land Surveyor (LLS) bagi penghantaran dokumen permohonan ke JPBD dan seterusnya penghantaran Surat Kebenaran Perancangan kepada pihak yang memohon.

Perkhidmatan ini adalah salah satu inisiatif jabatan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada orang ramai supaya lebih efisien bagi mendukung usaha Kerajaan dalam menyediakan platform perniagaan yang mudah bagi peniaga di Negara Brunei Darussalam.

Penggunaan perkhidmatan Go Rush ini akan dikenakan bayaran yang minima bagi setiap penghantaran mengikut kawasan dan jenis perkhidmatan yang dipilih.

Orang ramai khususnya QPs dan LLS yang berhasrat menggunakan perkhidmatan tersebut perlulah mendaftarkan diri bersama Go Rush secara atas talian (online registration) melalui laman sesawang www.gorushbn.com. Pendaftaran hanya perlu dibuat sekali sahaja (one-time registration).

Pembayaran hendaklah dibuat secara tunai melalui dalam talian (online Bank Transfer atau Quick Pay) sebelum penghantaran atau melalui 'cash on delivery' (COD) selepas menerima dokumen-dokumen yang berkenaan.

Dengan adanya perkhidmatan seperti ini, pihak JPBD berharap perkhidmatan tersebut akan dapat dimanfaatkan oleh pelanggan khususnya QPs dan LLS.

Sebagai usaha berterusan JPBD untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang, orang ramai dialu-alukan untuk menghubungi Talian Hotline JPBD +673 8200 222; atau layari Instagram JPBD @tcp.brunei, untuk sebarang pertanyaan atau maklum balas.

Manakala bagi pertanyaan mengenai perkhidmatan penghantaran, orang ramai dialu-alukan untuk berhubung terus ke talian +673 8752066, e-mel hello@gorushbn.com, atau layari Facebook @go.rush.bwn dan Instagram @gorush.bn.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments