Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Sambutan Hari Raya Aidilfitri di cawangan daerah-daerah

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Sambutan Hari Raya Aidilfitri di cawangan daerah-daerah.jpeg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar bergambar ramai bersama pegawai dan kakitangan di Cawangan Daerah Belait.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 3 Julai. – Rombongan Kementerian Pembangunan baru-baru ini menyertai pegawai-pegawai dan kakitangan cawangan daerah-daerah bagi sama-sama memeriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 1440 Hijrah bersamaan 2019 Masihi.

Mula-mula, rombongan Kementerian Pembangunan telah menyertai Sambutan Hari Raya Aidilfitri Cawangan Daerah Belait pada hari Sabtu, 29 Jun 2019.

Mengetuai rombongan ini ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

2_Sambutan Hari Raya Aidilfitri di cawangan daerah-daerah.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar bersama pegawai-pegawai kanan semasa Sambutan Hari Raya Aidilfitri Cawangan Daerah Belait.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Ketua-ketua Jabatan serta Ketua-ketua Divisyen dan Unit di Kementerian Pembangunan.

Sejurus ketibaan Yang Berhormat Menteri Pembangunan di Bangunan Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dan seterusnya ucapan alu-aluan daripada Pemangku Penolong Pengarah Jabatan Kerja Raya, Cawangan Daerah Belait dan Tutong, Awang Azhan bin Haji Abd. Karim selaku pengerusi sambutan berkenaan.

3_Sambutan Hari Raya Aidilfitri di cawangan daerah-daerah.JPG

PEMANGKU Penolong Pengarah Jabatan Kerja Raya, Cawangan Daerah Belait dan Tutong, Awang Azhan bin Haji Abd. Karim selaku pengerusi Sambutan Hari Raya Aidilfitri Cawangan Daerah Belait semasa memberikan ucapan alu-aluan.

Pada majlis tersebut, para pegawai dan kakitangan Cawangan Daerah Belait juga berkesempatan untuk beramah mesra dan bergambar ramai bersama Yang Berhormat Menteri Pembangunan sebelum rombongan Yang Berhormat bertolak dari Daerah Belait ke Daerah Tutong.

4_Sambutan Hari Raya Aidilfitri di cawangan daerah-daerah.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar bergambar ramai bersama pegawai dan kakitangan di Cawangan Daerah Tutong.

Di Daerah Tutong, rombongan Yang Berhormat dialu-alukan oleh Pemangku Jurutera Kerja Kanan, Cawangan Daerah Tutong, Dayang Chong Fong Sien selaku pengerusi sambutan di daerah tersebut.

Majlis yang diadakan di Dewan Kemasyarakatan Rancangan Perumahan Negara Bukit Beruang itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dan seterusnya ucapan alu-aluan oleh pengerusi sambutan.

10_Sambutan Hari Raya Aidilfitri di cawangan daerah-daerah.JPG

PEMANGKU Jurutera Kerja Kanan, Cawangan Daerah Tutong, Dayang Chong Fong Sien selaku pengerusi Sambutan Hari Raya Aidilfitri Cawangan Daerah Tutong semasa memberikan ucapan alu-aluan.

Yang Berhormat juga berkesempatan beramah mesra bersama pegawai-pegawai dan kakitangan cawangan Daerah Tutong dan meninjau pondok-pondok hiasan hari raya yang menyajikan beraneka jenis makanan.

6_Sambutan Hari Raya Aidilfitri di cawangan daerah-daerah.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar melawat salah sebuah pondok makanan.

Seterusnya pada hari Selasa, 2 Julai 2019, Yang Berhormat Menteri Pembangunan meneruskan kunjungan ke Daerah Temburong bagi sama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan para pegawai dan kakitangan di sana.

7_Sambutan Hari Raya Aidilfitri di cawangan daerah-daerah.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar bergambar bersama beberapa orang pegawai dan kakitangan cawangan Daerah Temburong.

Turut hadir semasa kunjungan ini ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Ketua-ketua Jabatan serta Ketua-ketua Divisyen dan Unit di Kementerian Pembangunan.

Kehadiran rombongan Yang Berhormat di Dewan Kemasyarakatan Mukim Bokok, Kampong Rataie disambut oleh Pemangku Jurutera Kerja, Jabatan Kerja Raya, Cawangan Daerah Temburong, Dayang Batsyeba binti Siliang selaku pengerusi majlis.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dan diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis.

8_Sambutan Hari Raya Aidilfitri di cawangan daerah-daerah.JPG

PEMANGKU Jurutera Kerja, Jabatan Kerja Raya, Cawangan Daerah Temburong, Dayang Batsyeba binti Siliang selaku pengerusi Sambutan Hari Raya Aidilfitri Cawangan Daerah Temburong semasa memberikan ucapan alu-aluan.

9_Sambutan Hari Raya Aidilfitri di cawangan daerah-daerah.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar melawat salah sebuah pondok makanan.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ke cawangan daerah-daerah ini merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian Pembangunan bagi sama-sama memeduli para pegawai dan kakitangan di daerah-daerah berkenaan serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan warga kerja.

Attachments