Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Projek Jambatan Brunei-Temburong catat pencapaian penting

Siaran Akhbar: Jabatan Kerja Raya

1_Penuangan konkrit terakhir bagi struktur utama Jambatan Navigasi laluan perkapalan Timur.JPG

GAMBAR ramai Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar pada pelancaran penuangan konkrit terakhir bagi struktur utama Jambatan Navigasi laluan perkapalan Timur, 'Twin Tower Cable Stayed Bridge'.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 29 Jun. – Projek pembinaan Jambatan Brunei-Temburong sekali lagi mencatatkan satu pencapaian penting, yang mana kerja-kerja menuang konkrit terakhir bagi struktur utama Jambatan Navigasi laluan perkapalan Timur, 'Twin Tower Cable Stayed Bridge' pada 28 Jun 2019 menandakan berakhirnya pembinaan struktur utama Jambatan Navigasi tersebut di bawah kontrak Pakej CC3.

Hadir menyaksikan kerja-kerja tersebut, Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar; Timbalan Menteri Pembangunan, Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; dan Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Ir. Dayang Lim Sui Kau Alice.

2_Penuangan konkrit terakhir bagi struktur utama Jambatan Navigasi laluan perkapalan Timur.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar melancarkan penuangan konkrit terakhir bagi struktur utama Jambatan Navigasi laluan perkapalan Timur, 'Twin Tower Cable Stayed Bridge'.

3_Penuangan konkrit terakhir bagi struktur utama Jambatan Navigasi laluan perkapalan Timur.JPG

PENUANGAN konkrit terakhir bagi struktur utama Jambatan Navigasi laluan perkapalan Timur, 'Twin Tower Cable Stayed Bridge' oleh Timbalan Menteri Pembangunan, Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

4_Penuangan konkrit terakhir bagi struktur utama Jambatan Navigasi laluan perkapalan Timur.JPG

PENUANGAN konkrit terakhir bagi struktur utama Jambatan Navigasi laluan perkapalan Timur, 'Twin Tower Cable Stayed Bridge' oleh Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria.

6_Penuangan konkrit terakhir bagi struktur utama Jambatan Navigasi.JPG

PENUANGAN konkrit terakhir bagi struktur utama Jambatan Navigasi laluan perkapalan Timur, 'Twin Tower Cable Stayed Bridge' oleh Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Ir. Dayang Lim Sui Kau Alice.

Kontrak Pakej CC3 - Jambatan Navigasi ini bermula pada 1 Oktober 2015 dengan kontrak utamanya adalah syarikat usaha sama Daelim Industrial Company Ltd. – Swee (B) Sdn. Bhd.

Pada 29 Mei 2019 yang lalu, struktur utama Jambatan Navigasi Laluan Perkapalan Brunei, Single Tower Cable Stayed Bridge, juga telah siap.

Pencapaian itu menghubungkan Jambatan Navigasi di bawah Kontrak Pakej CC3 dengan Jambatan Marin di bawah Kontrak Pakej CC2. Ini melengkapkan jambatan sepanjang 14.5km merentasi Teluk Brunei dari Jalan Kota Batu hingga Tanjong Kerasek.

Sumber: Pelita Brunei.

Foto: Kementerian Pembangunan.

Attachments