Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Mesyuarat Kumpulan Kerja ASEAN bagi Pendidikan Alam Sekitar yang ke-11

Oleh: Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi | Foto: Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi

1_Mesyuarat Kumpulan Kerja ASEAN bagi Pendidikan Alam Sekitar yang ke-11.JPG

ANTARA yang menghadiri Mesyuarat Kumpulan Kerja ASEAN bagi Pendidikan Alam Sekitar (AWGEE) yang ke-11 di Rizqun International Hotel.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 25 Jun. – Mesyuarat Kumpulan Kerja ASEAN bagi Pendidikan Alam Sekitar (AWGEE) yang ke-11 diadakan di Rizqun International Hotel pada 25‐26 Jun 2019 yang dipengerusikan oleh Pemangku Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan, Dayang Martinah binti Haji Tamit.

Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh negara‐negara ahli ASEAN kecuali Filipina dan Vietnam; turut hadir adalah rakan kongsi kumpulan kerja daripada Hanns Seidel Foundation (HSF), Pusat Biodiversiti (ACB) and Kementerian Alam Sekitar Jepun.

2_Mesyuarat Kumpulan Kerja ASEAN bagi Pendidikan Alam Sekitar yang ke-11.JPG

PEMANGKU Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan, Dayang Martinah binti Haji Tamit bersama para delegasi dari negara-negara ASEAN yang menghadiri mesyuarat tersebut.

AWGEE menyelaraskan perlaksanaan Pelan Tindakan ASEAN mengenai Pendidikan Alam Sekitar (AEEAP) yang dibimbing oleh Rangka Tindakan Sosio‐budaya ASEAN (ASCC) yang bertujuan untuk mewujudkan ASEAN yang bersih dan hijau dengan penduduk yang peka perihal alam sekitar dan memastikan perkembangan serantau yang mampan melalui pendidikan alam sekitar dan penglibatan khalayak awam.

Mesyuarat dua hari tersebut membincangkan status dan perkembangan projek‐projek dan kegiatan dibawah kumpulan kerja tersebut yang telah digariskan di dalam Pelan Tindakan ASEAN mengenai Pendidikan Alam Sekitar (AEEAP) dan Pelan Strategik ASEAN mengenai Alam Sekitar (ASPEN) termasuklah usaha dan kegiatan yang melibatkan belia ASEAN.

Brunei Darussalam adalah negara pemimpin (lead country) bagi Anugerah Eco‐Champion Belia ASEAN (AYECA) bersama Singapura, Anugerah Komuniti ASEAN yang baru diperkenalkan itu meraikan individu‐individu cemerlang yang memberikan sumbangan besar terhadap penjagaan alam sekitar. Pencalonan kini dibukakan di environment.asean.org/ayeca‐2019 dan borang mesti dihantarkan sebelum 15 Julai 2019. Pemenang akan menerima anugerahnya daripada Menteri‐Menteri Alam Sekitar ASEAN dan mengambil bahagian dalam acara belia serantau ASEAN di Kemboja pada suku akhir 2019 ini.

Attachments