Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1440 Hijrah

Oleh: Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi | Foto: Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi

1_Hari Raya Aidlfitri 1440H.JPG

WARGA Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya semasa sesi bergambar ramai.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 22 Jun. – Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya pagi tadi mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 1440H / 2019M kelolaan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi di Ruang Legar, Kementerian Pembangunan, Jalan Airport Lama.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Majlis didahului dengan Surah Al‐Fatihah dan Doa diikuti dengan bacaan Al‐Quran oleh qari negara dan

penuntut‐penuntut Institut Tahfiz Al‐Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Muhd Azib bin Muhd Azim dan Muhd Nabil Syahmi bin Norman sebagai pembaca intisari.

Acara dimeriahkan lagi dengan penceramah jemputan dari Pusat Dakwah Islamiah, Drs. Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah yang membawakan ceramah bertajuk 'Kebersihan membawa keamanan dan ketenteraman suasana hari raya'. Tetamu‐tetamu khas yang terdiri daripada anak-anak yatim dan warga emas bekas kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan‐jabatan di bawahnya turut diraikan di majlis tersebut. Acara diakhiri dengan sesi bergambar ramai dan beramah mesra Menteri Pembangunan bersama pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan‐jabatan di bawahnya.

2_Hari Raya Aidlfitri 1440H.JPG

YANG Berhormat Menteri Pembangunan menyampaikan sumbangan duit raya kepada para tetamu khas yang diundang.

3_Hari Raya Aidlfitri 1440H.JPG

YANG Berhormat Menteri Pembangunan beramah mesra bersama pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Turut hadir adalah Timbalan Menteri Pembangunan, Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria serta Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Ir. Dayang Alice Lim Sui Kau.

Attachments