Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Bil air baharu DBM - 10 Jun

Siaran Akhbar dan Foto: Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan

Bil air baharu DBM - 10 Jun.jpg

CONTOH bil air yang baharu.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 11 Jun. – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan orang ramai bahawa sebagai langkah penambahbaikan perkhidmatan pelanggan, JKR akan menjalankan program penggantian bil air lama, iaitu bil air yang sedang diguna pakai kepada bil air baharu bagi Daerah Brunei Muara (DBM).

Langkah tersebut sangat diperlukan sebagai langkah permulaan bagi membolehkan pelanggan untuk mendapatkan bil air melalui e-mel atau aplikasi mudah alih.

Penggantian bil air itu bermula pada Isnin, 10 Jun 2019 secara berperingkat-peringkat.

Sehubungan itu, bagi para pelanggan yang memerlukan penghantaran bil air melalui e-mel, iaitu setelah menerima format bil air baharu, bolehlah terus berhubung ke Kaunter Pembayaran Bil Air, Jabatan Perkhidmatan Air, Jalan Tasek Lama, Bandar Seri Begawan, untuk mendaftarkan alamat e-mel masing-masing.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments