Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Kunjungan muhibah Aidilfitri

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Kunjungan muhibah Aidilfitri 1440.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menerima kunjungan muhibah sempena Hari Raya Aidilfitri daripada Republik Singapura yang diketuai oleh Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Mohamad Maliki bin Osman.

BENGKURONG, Ahad, 9 Jun. – Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar hari ini menerima kunjungan muhibah rombongan dari Republik Singapura sempena Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di kediaman Yang Berhormat Menteri di Kampong Bengkurong. 

Rombongan dari Republik Singapura diketuai oleh Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Mohamad Maliki bin Osman yang juga diiringi oleh isteri beliau, Puan Sadiah Shahal.

Rombongan tersebut turut disertai oleh ahli-ahli Parlimen, Puan Joan Pereira dan suami; serta Tuan Henry Kwek dan isteri.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai.

Terdahulu, rombongan dari Republik Singapura tersebut dialu-alukan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan dan isteri, Pengiran Datin Hajah Juraidah binti Pengiran Haji Hidup.

Juga hadir mengalu-alukan rombongan berkenaan ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin dan isteri Dayang Hajah Hajizah binti Metayer; Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) Kementerian Pembangunan, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; serta Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria dan isteri Dayang Hajah Husnah binti Haji Awang Damit.

Kunjungan muhibah Hari Raya dari Republik Singapura ke negara ini menunjukkan persahabatan dan hubungan mesra berterusan antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.

Attachments