Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Majlis Khatam Al-Quran Kementerian Pembangunan
Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

 1_Majlis Khatam Al-Quran 1440.JPG

MAJLIS Khatam Al-Quran, Bertahlil dan Berbuka Puasa yang diadakan di kediaman Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar di Kampung Bengkurong.

BENGKURONG, Rabu, 29 Mei. – Bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini, Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini mengadakan Majlis Khatam Al-Quran, Bertahlil dan Berbuka Puasa di kediaman Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar di Kampong Bengkurong.

Majlis Khatam Al-Quran dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang didahului oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Majlis setelah itu juga diselajurkan dengan bacaan tahlil beramai-ramai yang dipimpin oleh Ustaz Haji Khairul Manan bin Haji Hawafi, Guru Hafazan Al-Quran dan Tarannum, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Majlis diteruskan dengan berbuka puasa dan menunaikan Solat Fardhu Maghrib berjemaah.

3_Majlis Khatam Al-Quran 1440.JPG

4_Majlis Khatam Al-Quran 1440.JPG

2_Majlis Khatam Al-Quran 1440.JPG

SUASANA Majlis Khatam Al-Quran, Bertahlil dan Berbuka Puasa yang diadakan di kediaman Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar di Kampung Bengkurong.

Majlis Khatam Al-Quran ini menandakan berakhirnya pembacaan Al-Quran 30 Juzuk pada bulan Ramadhan oleh pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis ini merupakan sebahagian daripada kegiatan keugamaan yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan bersempena dengan bulan Ramadhan ini.

Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya sebelum ini telah mengadakan Majlis Bertedarus Al-Quran di Masjid Ar-Rahman, Kampong Tanjung Bunut pada 14 Ramadhan 1440 Hijrah bersamaan 20 Mei 2019 Masehi.

Hadir pada majlis ini ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; dan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria.

5_Majlis Khatam Al-Quran 1440.JPG

TURUT hadir, isteri Yang Berhormat Menteri Pembangunan, Pengiran Datin Hajah Juraidah binti Pengiran Haji Hidup dan Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak.

Turut hadir ialah Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Divisyen dan Unit di Kementerian Pembangunan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya serta para jemputan.

Attachments