Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Sambutan Nuzul Al-Quran

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Sambutan Nuzul Al-Quran 1440 Hijrah.JPG 

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar hadir selaku tetamu kehormat majlis Sambutan Nuzul Al-Quran bagi Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Mei. – Kementerian Pembangunan hari ini mengadakan Majlis Sambutan Memperingati Nuzul Al-Quran yang diselajurkan dengan Majlis Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim yang diadakan di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis ini ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Juga hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan, Ir. Dayang Hajah Siti Aidah binti Haji Mohammad; Ketua-Ketua Jabatan, serta Ketua-Ketua Divisyen dan Unit di Kementerian Pembangunan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan seterusnya diisikan dengan ceramah khas bertajuk "Anak Yatim Pembawa Rahmat" yang disampaikan oleh Pengarah Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Antarabangsa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Awang Haji Sammali bin Haji Adam.

2_Sambutan Nuzul Al-Quran 1440 Hijrah.JPG

MAJLIS diisikan dengan ceramah khas bertajuk "Anak Yatim Pembawa Rahmat" yang disampaikan oleh Pengarah Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Antarabangsa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Awang Haji Sammali bin Haji Adam.

Majlis kemudian diikuti dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan.

3_Sambutan Nuzul Al-Quran 1440 Hijrah.JPG

4_Sambutan Nuzul Al-Quran 1440 Hijrah.JPG

5_Sambutan Nuzul Al-Quran 1440 Hijrah.JPG

MENTERI Pembangunan Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyampaikan derma kepada anak-anak yatim sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Kementerian Pembangunan.

Pada tahun ini, seramai 70 orang anak-anak yatim yang terdiri daripada anak-anak warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya menerima sumbangan derma daripada para pegawai dan kakitangan kementerian ini. Daripada jumlah tersebut, 35 orang adalah anak-anak yatim lelaki manakala 35 orang lagi adalah anak-anak yatim perempuan.

Aktiviti seumpama ini antara lain bertujuan untuk menyemai rasa tanggungjawab para pegawai dan kakitangan dalam sama-sama membantu dan memeduli anak-anak yatim disamping menggalakkan dan memperbanyakkan amalan bersedekah dan menghayati ayat-ayat suci Al-Quran di bulan yang penuh keberkatan ini.

Attachments