Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
JKR meterai tiga kontrak perjanjian

Berita: Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi

1_JKR meterai tiga kontrak perjanjian.JPG

MAJLIS penandatanganan kontrak di antara Jabatan Kerja Raya yang diwakili oleh Pengarah Saliran dan Pembentungan dan Ocean Quarry and Construction Sendirian Berhad bagi Kerja-Kerja Kawalan Pesisir Sepanjang Pantai Kampung Danau di Daerah Tutong.

2_JKR meterai tiga kontrak perjanjian.JPG

MAJLIS penandatanganan kontrak di antara Jabatan Kerja Raya yang diwakili oleh Pemangku Pengarah Jalan Raya dan Salishah & Sons (B) Sendirian Berhad bagi Kerja-Kerja Membaikpulih Jalan Serasa.

3_JKR meterai tiga kontrak perjanjian.JPG

MAJLIS penandatanganan kontrak di antara Jabatan Kerja Raya yang diwakili oleh Pemangku Pengarah Perkhidmatan Air dan Syarikat Haji Sanip bin Taram & Anak-Anak Sendirian Berhad bagi Membekal dan Menghantar 37,000 Ton Metrik Calcium Carbonate Ke Loji-Loji Rawatan Air di Negara Brunei Darussalam.

BERAKAS, Isnin, 20 Mei. – Sebanyak tiga buah dokumen kontrak telah sempurna ditandatangani di antara Jabatan Kerja Raya bersama tiga pemborong tempatan pada satu majlis yang diadakan di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyaksikan penandatanganan kontrak bagi tiga projek berkenaan ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Majlis mula-mula menyaksikan penandatanganan bagi projek Kawalan Pesisir Sepanjang Pantai Kampung Danau di Daerah Tutong bernilai sejumlah BND5,686,328.00 yang akan laksanakan oleh Ocean Quarry and Construction Sendirian Berhad. Projek ini  bertujuan mengawal dan mengurangkan risiko hakisan serta melindungi tanah lot persendirian serta rumah para penduduk dan aset-aset kerajaan sepanjang 1.5KM yang akan mengambil masa selama 72 bulan untuk dilaksanakan di mana kerja-kerja pembinaan (Beach Nourishment) akan mengambil masa selama 12 bulan dan kerja-kerja penambakan pasir selama 60 bulan.

Kontrak kedua yang ditandatangani ialah kerja-kerja Membaikpulih Jalan Serasa menuju ke Pantai Serasa yang akan mengambil masa selama 18 bulan untuk siap. Projek tersebut yang menelan belanja sebanyak BND6,700,600.50 akan dilaksanakan oleh Salishah & Sons (B) Sendirian Berhad bakal meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan para pengguna jalan raya, di samping mampu menampung bebanan kenderaan berat dari kawasan perindustrian.

Dokumen terakhir yang ditandatangani ialah Pembekalan dan Penghantaran 37,000 Ton Metrik Calcium Carbonate kepada loji-loji rawatan air di Negara Brunei Darussalam yang bernilai BND3,233,000.00. Tempoh projek tersebut akan dilaksanakan dalam jangka 30 bulan oleh Syarikat Haji Sanip bin Taram & Anak-anak Sendirian Berhad.

Penandatanganan dokumen-dokumen projek tersebut telah disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Kerja Raya, Pengarah Jalan Raya, Pengarah Saliran dan Pembetungan, Pengarah Perkhidmatan Air dan wakil-wakil kontraktor yang dilantik.

Juga hadir pada majlis ini ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan) Ir. Dayang Hajah Siti Aidah binti Haji Mohammad; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Ir. Dayang Lim Sui Kau Alice, pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan kakitangan di bawah JKR , Kementerian Pembangunan.

Sumber: Pelita Brunei.

Foto: Kementerian Pembangunan.

Attachments