Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Makan malam meraikan delegasi ASEAN BCWG

Berita dan Foto: Kementerian Pembangunan

6_Makan malam meraikan delegasi ASEAN BCWG.JPG

TIMBALAN Menteri Pembangunan, Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin bergambar ramai bersama para delegasi pada majlis makan malam yang diadakan di ibu negara.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 1 Mei 2019 – Seramai 26 orang delegasi dari negara-negara anggota ASEAN yang menghadiri Mesyuarat Pertama Kumpulan Kerja Bangunan dan Pembinaan (BCWG) telah diraikan pada majlis makan malam di salah sebuah restoran di ibu negara.

Majlis makan malam tersebut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan, Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

1_Makan malam meraikan delegasi ASEAN BCWG.JPG

TIMBALAN Menteri Pembangunan, Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin menerima cenderahati daripada Pemangku Ketua Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Dayang Hajah Sarbiah binti Haji Burut.

Juga hadir di majlis tersebut ialah Pemangku Ketua Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Kementerian Pembangunan, Dayang Hajah Sarbiah binti Haji Burut serta pegawai-pegawai dari autoriti berkenaan.

Mesyuarat yang pertama kali dikendalikan oleh ABCi ini diadakan selama tiga hari bermula 30 April lalu sehingga 2 Mei ini.

Mesyuarat berkenaan telah dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan, Ir. Dayang Hajah Siti Aidah binti Haji Mohammad pada 30 April 2019 bertempat di Hotel Radisson, Bandar Seri Begawan.

2_Makan malam meraikan delegasi ASEAN BCWG.JPG

3_Makan malam meraikan delegasi ASEAN BCWG.JPG

4_Makan malam meraikan delegasi ASEAN BCWG.JPG

5_Makan malam meraikan delegasi ASEAN BCWG.JPG

PARA delegasi yang menghadiri majlis makan malam tersebut.

Attachments