Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Mesyuarat pertama ASEAN BWCG dirasmikan

Oleh: Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Mesyuarat pertama ASEAN BWCG dirasmikan.JPG

 TIMBALAN Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan, Ir. Dayang Hajah Siti Aidah binti Haji Mohammad bergambar ramai bersama para delegasi pada Mesyuarat Pertama Kumpulan Kerja Bangunan dan Pembinaan ASEAN di Hotel Radisson.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 30 April. – Kementerian Pembangunan telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Pertama Kumpulan Kerja Bangunan dan Pembinaan ASEAN di Hotel Radisson, Bandar Seri Begawan.

Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan, Ir. Dayang Hajah Siti Aidah binti Haji Mohammad, telah merasmikan mesyuarat selama tiga hari itu yang bermula dari 30 April 2019 sehingga 2 Mei 2019.

Dalam ucapan perasmian beliau Ir. Dayang Hajah Siti Aidah menyatakan kenaikkan taraf Taskforce Building Construction Materials kepada Buiding Construction Working Group di bawah naungan ASEAN Consultative Committee for Standards and Quality (ACCSQ). Beliau juga menyebut bahawa dalam bulan Januari 2019, ASEAN Senior Economic Officials Meetings (SEOM) telah mengesahkan terma rujukan Kumpulan Kerja Bangunan dan Pembinaan (BCWG), dan menyarankan untuk memastikan keperluan penyelarasan dengan terma rujukan ASEAN Smart cities yang sedang dalam pembentukan.

Beliau menambah antara agenda bagi mesyuarat ini merangkumi penilaian sedia ada EN Eurocode standard, peraturan, dasar dan program-program di peringkat Kebangsaan dan serantau, dan membincangkan saranan Mesyuarat ACCSQ yang ke-50 untuk kumpulan kerja produk menyerapkan smart cities ke dalam skop bidang BCWG.

Beliau percaya bahawa piawaian Eurocode pasti akan memberikan impak yang besar bagi membolehkan industri pembinaan menjadi lebih berdaya saing dan lebih banyak open market manakala smart cities akan menyediakan sebuah pembangunan bersepadu dengan baik bagi faedah rakyat dan negara.

Seramai 26 delegasi dari negara-negara anggota ASEAN yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dan ahli-ahli Jawatankuasa ASEAN BCWG menghadiri mesyuarat selama tiga hari tersebut. Antara lain yang hadir termasuklah penasihat undang-undang BCWG masing-masing dari enam buah negara-negara anggota ASEAN.

Delegasi Negara Brunei Darussalam di mesyuarat tersebut telah diwakili oleh pegawai-pegawai ABCi dan Pejabat Peguam Negara (AGC) dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari pelbagai agensi iaitu Jabatan Kerja Raya dan Pusat Standard Kebangsaan (PSK).

Ir. Dayang Hajah Siti Aidah dalam ucapan beliau berharap agar mesyuarat berkenaan akan mendapatkan keputusan muktamad MRA yang dibincangkan dengan mendapat konsensus di antara kesemua negara-negara AMS yang disahkan pada Mesyuarat ACCSQ akan datang dan dijangka ditandatangani pada penghujung tahun 2019. Beliau juga menekankan kepentingan MRA ini sebagai salah satu cara untuk memudahkan pengiktirafan bersama keputusan ujian dan pensijilan bagi negara-negara anggota ASEAN dan bertujuan untuk mengurangkan halangan dalam perdagangan di sektor pembinaan dan bangunan.

Attachments