Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Pembukaan semula jalan alternatif, penghubung

Siaran Akhbar: Jabatan Kerja Raya

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 27 April. – Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutama kepada para pengguna jalan raya bahawa jalan alternatif daripada Jalan Dadap ke Jalan Telanai akan dibukakan kepada lalu lintas pada hari Selasa 24 Syaaban 1440 Hijrah bersamaan 30 April 2019 Masihi jam 9.00 pagi.

Manakala sebahagian Projek Pembinaan Jejambat di Persimpangan Jalan Utama Mentiri dan Jalan Penghubung Tanah Jambu iaitu jalan keluar / masuk menuju ke Perumahan Mengkubau juga akan dibuka kepada orang ramai sekitar jam 10.00 pagi.

Orang ramai adalah dinasihatkan untuk menggunakan jalan tersebut dengan memastikan semua tanda-tanda jalan raya dipatuhi dan memandu dengan mengikut had laju yang telah ditetapkan. Di samping mengamalkan sikap bertolak ansur sesama pengguna jalan raya yang lain demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan ini melalui Talian Darussalam 123, Facebook: Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel: 'pro@pwd.gov.bn'.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments