Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Kejohanan Bola Sepak 5 Sepasukan labuh tirai

Oleh: Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad | Foto: Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 24 April. – Jabatan Ukur muncul johan setelah berjaya menewaskan Pejabat Ketua Pengarah bersama Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan jaringan, 3 – 0 bagi Kategori Terbuka semasa Majlis Penutup Kejohanan Bola Sepak 5 Sepasukan (Futsal) Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya bagi Tahun 2019, berlangsung di Kompleks Sukan JKR, Lapangan Terbang Lama, di sini.

Sementara itu, Jabatan Perkhidmatan Air muncul johan bagi Kategori Veteran setelah bertembung dengan Jabatan Ukur, melalui jaringan penalti, 3 – 2 setelah terikat seri, 1 – 1.

Kategori VIP pula dimenangi oleh Jabatan Perkhidmatan Teknikal apabila berjaya mengalahkan Jabatan Perkhidmatan Bangunan, JKR dengan jaringan 2 – 1.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

Kejohanan yang bermula pada 19 April lalu itu dianjurkan bersama oleh Jabatan Perkhidmatan Bangunan dan Jabatan Jalan Raya, JKR dan disertai oleh sebanyak 32 pasukan yang dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu Kategori VIP, Kategori Veteran dan Kategori Terbuka.

Selain untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya, kejohanan juga diadakan untuk meningkatkan lagi kecerdasan mental dan fizikal, memupuk sikap bekerjasama, berkomunikasi dan semangat berpasukan di antara para pegawai dan kakitangan.

Melalui kejohanan ini juga diharap akan dapat membudayakan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan dan mencungkil bakat baharu yang dapat diketengahkan bagi kejohanan-kejohanan bola sepak di peringkat jabatan dan kementerian.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments