Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Tinjau perkembangan Tapak Projek Jambatan Temburong Brunei

Siaran Akhbar: Jabatan Kerja Raya | Foto: Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi

1_Tinjau perkembangan Tapak Projek Jambatan Temburong Brunei.jpg

LAWATAN Tuan Yang Terutama Presiden Republik Korea ke Tapak Projek tersebut diiringi oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku Menteri Pengiring dan disambut oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 11 Mac. – Presiden Republik Korea, Tuan Yang Terutama Moon Jae-in dalam rangka Lawatan Negara selama tiga hari telah mengadakan lawatan ke Tapak Projek Jambatan Temburong Brunei di Kota Batu.

Lawatan Tuan Yang Terutama Presiden Republik Korea ke Tapak Projek tersebut diiringi oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku Menteri Pengiring.

Hadir menyambut ketibaan Tuan Yang Terutama ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Turut mengiringi Tuan Yang Terutama Presiden Republik Korea ialah Tuan Yang Terutama-Tuan Yang Terutama Menteri-Menteri Republik Korea.

Juga hadir pada lawatan tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria dan pegawai-pegawai kanan di Kementerian Pembangunan.

Lawatan tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Berhormat Menteri Pembangunan.

Diikuti dengan penerangan ringkas mengenai Projek Jambatan Temburong Brunei daripada Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan.

Tuan Yang Terutama juga mendengarkan penerangan daripada Pengurus Projek Syarikat Industri Daelim bagi Projek Jambatan Temburong Brunei dan penerangan bagi Strategi Projek di Luar Negara. Tuan Yang Terutama Presiden Republik Korea kemudian dijemput memberi ucapan alu-aluan sebelum dijemput melihat model Projek Jambatan Temburong Brunei secara lebih dekat.

Tuan Yang Terutama kemudian menandatangani lembaran kenangan dan seterusnya, sesi bergambar ramai bersama yang hadir dan pihak kontraktor bagi mengakhiri lawatan tersebut.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments