Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Berangkat tinjau kerja pengendalian Serasa Casting Yard

Oleh: Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi | Foto: Masri Osman

4_Berangkat tinjau kerja pengendalian Serasa Casting Yard.JPG

DYTM DPMM berkenan menyertai sesi bergambar ramai. (Foto: Kementerian Pembangunan)

SERASA, Khamis, 28 Februari. – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berangkat membuat tinjauan mengenai keadaan Jalan Serasa dan Jalan Perusahaan Serasa dan seterusnya meninjau Serasa Casting Yard bagi Projek Jambatan Temburong.

1_Berangkat tinjau kerja pengendalian Serasa Casting Yard.jpg

DYTM DPMM semasa berkenan menerima junjung ziarah sejurus berangkat tiba di Tapak Serasa Casting Yard bagi Projek Jambatan Temburong.

Menjunjung keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia di sini ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin yang juga menyembahkan penerangan mengenai kemudahan-kemudahan yang disediakan dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Casting Yard Serasa.

Aktiviti utama seperti pembuatan galang kekotak (box girders) bagi projek pembinaan Jambatan Temburong telah selesai dilaksanakan.

Sementara itu, Jurutera Muda-Superstructure Pakej Construction Contract 2 (CC2), Mohammad Nurul Faizan Haji Bakir antara lain menerangkan matlamat Serasa Casting Yard iaitu penghasilan galang serta aliran kerja sehingga pemasangan galang di jambatan.

2_Berangkat tinjau kerja pengendalian Serasa Casting Yard.jpg

DYTM DPMM semasa berkenan menerima sembah taklimat.

DYTM berkenan menyaksikan galang kekotak berukuran 50m panjang kerana hari ini merupakan pemasangan terakhir bagi pakej CC2 dengan menggunakan kaedah pengangkutan secara serentak.

Pemasangan box girder tersebut dilaksanakan pada sebelah petang yang mana ini mencatatkan satu lagi pencapaian penting dalam projek mega ini.

DYTM kemudian dijunjung untuk menandatangani lembaran kenangan dan seterusnya dijunjung bagi sesi bergambar ramai.

3_Berangkat tinjau kerja pengendalian Serasa Casting Yard.jpg

DYTM DPMM semasa berkenan menandatangani lembaran kenangan.

Penghasilan pakej CC2 adalah sebanyak 578 biji manakala 350 biji pula bagi pakej CC3 dan kedua-dua pakej tersebut hanya dilaksanakan di Serasa Casting Yard.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments