Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Projek Membaikpulih Jalan Perusahaan, Jalan Serasa dapat perhatian

Oleh: Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi | Foto: Masri Osman, Ihsan Haji Abdul Hanif Haji Abdul Rahim

1_Projek Membaikpulih Jalan Perusahaan, Jalan Serasa dapat perhatian.jpg

DYTM DPMM semasa berkenan menerima sembah taklimat daripada Yang Berhormat Menteri Pembangunan.

SERASA, Khamis, 28 Februari. – Projek-projek Membaikpulih Jalan Perusahaan dan Jalan Serasa menjadi tumpuan tinjauan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dalam rangka lawatan kerja hari ini.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah di perkarangan Masjid Setia Ali, Pekan Muara di sini, dijunjung oleh Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar; Menteri Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Md. Hussien; Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof dan Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman yang juga selaku Ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong.

Sejurus keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia bagi memulakan lawatan kerja, Doa Selamat dibacakan oleh Ketua Imam Masjid Setia Ali, Pekan Muara, Awang Nasehin bin Haji Yahya.

DYTM kemudian disembahkan taklimat mengenai dua projek tersebut serta statistik kesalahan kenderaan berat iaitu sejumlah 183 kompaun dikeluarkan bagi kesalahan membawa lebih berat muatan di bawah Akta RTR 161 Penggal 68 bagi Tahun 2017 dan 2018 di kawasan Muara dan Serasa serta aktiviti-aktiviti pengangkutan yang beroperasi di kawasan berkenaan.

Pemangku Pengarah Jalan Raya, Jabatan Kerja Raya, Awang Haji Mazlan bin Haji Abdul Salim ketika ditemui berkata Projek Membaikpulih Jalan Perusahaan 2.0 kilometer itu telah mula dijalankan sejak 20 Disember tahun lalu dan dijangka siap pada 12 April tahun hadapan.

2_Projek Membaikpulih Jalan Perusahaan, Jalan Serasa dapat perhatian.JPG

DYTM DPMM semasa berkenan menerima sembah taklimat daripada Pemangku Pengarah Jalan Raya, Jabatan Kerja Raya, Awang Haji Mazlan bin Haji Abdul Salim. (Foto: Kementerian Pembangunan)

Kos projek berjumlah BND6,166,238.50 itu juga katanya bagi menaiktaraf dan meningkatkan kapasiti beban turapan jalan dan persimpangan yang sedia ada ke arah menampung pergerakan kenderaan berat bagi memastikan kecekapan dan keselamatan mobiliti barangan dan pengguna jalan raya.

Awang Haji Mazlan juga seterusnya menyembahkan bahawa kerja-kerja Projek Membaikpulih Jalan Serasa sepanjang 4.2 kilometer itu dijangka akan mula dijalankan pada bulan April depan.

Tambahnya, kerja-kerja pelaksanaan projek 18 bulan itu adalah bagi menaiktaraf dan meningkatkan dalam menampung pertumbuhan bilangan penggunaan jalan raya tersebut sejajar dengan perkembangan aktiviti sosio ekonomi di kawasan berkenaan.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments