Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-35

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

2_HK35.JPG

3_HK35.JPG

PESERTA-PESERTA dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang menyertai Upacara Perbarisan Lalu dan persembahan padang pada Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-35. 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 23 Februari. – Acara Kemuncak Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-35 telah berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di ibu negara diwarnai dengan persembahan tema 'Menjayakan Wawasan Negara' yang dijayakan oleh peserta mewakili pelbagai sektor dan agensi pembangunan negara, termasuk para pelajar sekolah-sekolah menengah, maktab-maktab dan institusi-institusi pengajian tinggi.

Kementerian Pembangunan selaku sebuah kementerian yang meneraju pembangunan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan asas negara juga tidak ketinggalan dalam menyertai Upacara Perbarisan Lalu dan persembahan padang pada Upacara Perhimpunan Agung berkenaan.

Pasukan Kementerian Pembangunan diketuai oleh Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak dan telah disertai oleh 150 orang peserta perbarisan.

1_HK35.JPG

 PASUKAN Kementerian Pembangunan diketuai oleh Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak dan turut disertai oleh Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan.

Turut menyertai perbarisan lalu itu ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin POKAPDSS Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan, Ir. Dayang Hajah Siti Aidah binti Haji Mohammad; ketua-ketua jabatan, ketua-ketua divisyen dan unit di Kementerian Pembangunan serta pegawai-pegawai dan kakitangan di kementerian ini dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Perhimpunan Agung sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-35 merupakan cara untuk menzahirkan rasa kebanggaan dan semangat patriotisme setiap rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam kepada raja kita yang berdaulat dan negara kita yang merdeka.

Attachments