Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Jerayawara Kesedaran Perintah APEQS, 2011

​Siaran Akhbar dan Foto: Kementerian Pembangunan

1_Jerayawara Kesedaran BAPEQS.jpg

PENGERUSI Akta dan Peraturan-Peraturan bagi Jawatankuasa BAPEQS, Sr. Awang Mohammad Shafie bin Haji Mohammad Yusof menyampaikan pembentangan ketika Jerawayara Kesedaran Perintah APEQS, 2011.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 12 Januari. – Lembaga Arkitek, Jurutera Profesional dan Juruukur Bahan (BAPEQS) telah mengadakan jerayawaranya yang pertama iaitu Jerayawara Kesedaran Perintah Arkitek, Jurutera Profesional dan Juruukur Bahan (APEQS), 2011 pada 10 Januari 2019 di Dewan Persidangan Kuala Belait dengan tujuan untuk meningkatkan lagi kesedaran di kalangan kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan Kerajaan, syarikat, agensi dan organisasi yang berkenaan serta orang ramai di Negara Brunei Darussalam.

Objektif BAPEQS ialah untuk memberikan kebenaran kepada para arkitek, jurutera profesional dan juruukur bahan yang berkelayakan untuk beroperasi secara sah di negara ini disamping mengekalkan dan mewujudkan piawaian bagi pengendalian profesional dan etika di kalangan ahli-ahli yang berdaftar.

Selaras dengan Wawasan Brunei 2035, BAPEQS akan terus mengeluarkan dan mengembangkan lagi profesional-profesional yang berkualiti bagi membolehkan Negara Brunei Darussalam untuk diiktiraf sebagai negara yang mempunyai rakyat berpendidikan dan berkemahiran tinggi menurut standard antarabangsa.

Fungsi utama BAPEQS pula adalah untuk mendaftar dan mengawal selia kelayakan dan amalan para arkitek, jurutera profesional dan juruukur bahan dengan tujuan untuk meningkatkan lagi perkembangan dan pendedahan terhadap kerjaya-kerjaya tersebut. Selain itu, BAPEQS juga merangkumi bidang arkitek, jurutera profesional dan juruukur bahan pada peringkat tempatan dan antarabangsa.

Dengan jumlah seramai 141 orang yang berdaftar setakat ini, 93 orang daripadanya adalah profesional yang berdaftar sebagai pemegang Sijil Pengamal (Practicing Certificates).

Jerayawara Kesedaran APEQS ini memberi peluang kepada pihak-pihak tertentu dan orang ramai umumnya bagi memahami secara lebih baik lagi mengenai Perintah APEQS, 2011 dan Peraturan, 2016.

BAPEQS telah mengadakan jerayawara seumpama ini pada 12 Januari 2019 di Daerah Belait, 16 Januari 2019 di Daerah Tutong dan 19 Januari 2019 di Daerah Temburong. Jerawayara ini akan diteruskan lagi pada 26 dan 28 Januari 2019 di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Berakas. Organisasi-organisasi dan individu yang berminat untuk menghadiri jerayawara ini atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Perintah APEQS, 2011 boleh menghubungi Sekretariat BAPEQS di talian 2382076 dan e-mel apeqs.sec@mod.gov.bn atau mengunjungi Pejabat Sekretariat BAPEQS di Kementerian Pembangunan, Berakas.

Sumber: Pejabat Sekretariat BAPEQS.

Attachments