Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Penandatanganan Kontrak Projek-projek JKR

​Berita: Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Majlis Menandatangani Kontrak bagi Projek-Projek RKN di bawah JKR.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Menandatangani Kontrak bagi Projek-projek Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan.

BERAKAS, Khamis, 20 Disember. – Jabatan Kerja Raya (JKR) mengadakan Majlis Menandatangani Kontrak bagi Projek-projek Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan yang berlangsung di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat JKR, Berakas, di sini.

Antara projek-projek yang ditandatangani ialah Pembinaan Jejambat di Persimpangan Jalan Utama Mentiri dan Jalan Penghubung Tanah Jambu; dan Menaik Taraf Jalan Perindustrian Serasa Menuju ke Jambatan Pulau Muara Besar, di mana kedua-dua projek tersebut dikontrakkan kepada Pro-Builder Sendirian Berhad.

Bagi Projek Skim Pembaikan Dataran Banjir Sungai Tutong – Pencegahan Banjir di sebelah Hilir Sungai Tutong (Design and Build) dikontrakkan kepada Thong & Thong Sendirian Berhad.

Sementara itu, Skim Pembaikan Dataran Banjir Sungai Tutong – Pencegahan Banjir di sebelah Hulu Sungai Tutong (Design and Build) pula dikontrakkan kepada Ocean Quarry & Construction Sendirian Berhad.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyerahan kontrak ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

2_Majlis Menandatangani Kontrak bagi Projek-Projek RKN di bawah JKR.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar menyaksikan penandatanganan kontrak bagi projek-projek Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah, diikuti dengan penandatanganan kontrak yang disaksikan oleh tetamu kehormat, yang kemudiannya menyempurnakan penyerahan kontrak tersebut kepada para wakil syarikat yang berkenaan.

Harga kontrak bagi Pembinaan Jejambat di Persimpangan Jalan Utama Mentiri dan Jalan Penghubung Tanah Jambu ialah BND19,956,775.16 dengan tempoh projek 30 bulan, manakala Menaik Taraf Jalan Perindustrian Serasa Menuju ke Jambatan Pulau Muara Besar pula berharga BND6,166,238.50 dengan tempoh kontrak selama 16 bulan.

Skim Pembaikan Dataran Banjir Sungai Tutong – Pencegahan Banjir di sebelah Hilir Sungai Tutong (Design and Build) dan Pencegahan Banjir di sebelah Hulu Sungai Tutong (Design and Build), masing-masing berharga BND12,734,338 dan BND7,827,828 dengan tempoh kontrak selama 30 bulan.

Juga hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Professional), Kementerian Pembangunan, Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria dan Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd. Yaakub.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments