Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Pelajari urus tadbir perumahan di Brunei

Berita: Hernie Suliana Haji Othman | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Lawatan JPBW Sabah ke RPN Lugu.JPG

ROMBONGAN Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah bergambar ramai di hadapan salah sebuah rumah jenis kluster di Kampung Lugu kepunyaan keluarga pasangan Mazlinah binti Jeludin dan Mohammad Azarin bin Haji Wahid.

MUKIM SENGKURONG, Rabu, 19 Disember. – Keprihatinan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam mengurus tadbir pembinaan perumahan di negara ini mendapat perhatian rombongan Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah (JPBW) Negeri Sabah.

Rombongan JPBW yang diketuai oleh Pengarah, Haji Mursidi bin Haji Sapie mengadakan lawatan ke Rancangan Perumahan Negara (RPN) Lugu, Mukim Sengkurong sebagai salah satu program lawatan yang terkandung dalam acara kunjungan rasmi ke Negara Brunei Darussalam, selama empat hari sejak 17 Disember lalu.

Acara lawatan didahului dengan mendengar taklimat mengenai Skim Perumahan Negara dan sejarah wujudnya skim berkenaan dan juga pencapaiannya disampaikan oleh Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar, diikuti dengan tayangan video dan sesi soal jawab.

2_Lawatan JPBW Sabah ke RPN Lugu.jpg 

PENGARAH Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah, Haji Mursidi Sapie menanam pokok sempena lawatan ke Rancangan Perumahan Negara Lugu.

Rombongan seterusnya dibawa meninjau kawasan perumahan dan berkesempatan menanam pokok sebelum singgah ke salah sebuah rumah jenis kluster kepunyaan keluarga pasangan Dayang Mazlinah binti Jeludin dan Awang Mohammad Azarin bin Haji Wahid.

Dalam temu bual bersama Pelita Brunei, Haji Mursidi mengongsikan antara tujuan lawatan ke perumahan tersebut, iaitu mempelajari serba sedikit tentang cara-cara Kerajaan Kebawah DYMM mengurus tadbir perumahan di negara ini, yang mana dari tinjauan mereka, sudut 'layout' dan pembinaan rumah-rumah tersebut sangat mengagumkan dan menjurus kepada kehendak rakyat itu sendiri.

Melalui lawatan ini, tambahnya, akan menjadi inti pati yang boleh dibawa untuk mengurus tadbir dan menyediakan perumahan kepada rakyat, terutamanya di Negeri Sabah.

RPN Lugu mempunyai sejumlah 1,000 unit rumah kluster di mana empat unit rumah kluster bagi setiap blok dengan keluasan 130 meter persegi bagi setiap unit. Setiap unit mempunyai empat bilik tidur dengan tiga bilik air termasuk bilik tamu, bilik makan dan dapur serta dua tempat letak kereta beratap.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments