Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Kementerian Pembangunan sertai perhimpunan dan perarakan Maulidur Rasul

​Berita dan Foto: Kementerian Pembangunan

 1_Kementerian Pembangunan sertai perhimpunan dan perarakan Maulidur Rasul 1440.JPG

SETIAUSAHA Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria mengetuai pasukan Kementerian Pembangunan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 20 November. – Seramai 100 orang pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya telah menyertai perhimpunan dan perarakan sempena memperingati kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.

Pasukan Kementerian Pembangunan yang membawa sepanduk nombor lapan dalam kategori kementerian-kementerian diketuai oleh Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria.

Turut menyertai perhimpunan dan perarakan tersebut ialah ketua-ketua jabatan, divisyen dan unit di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Perarakan diiringi dengan lagu selawat iaitu Selawat Badar bagi memuji Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam dan mendapatkan keberkatan serta ganjaran pahala daripada-Nya.

Tema sambutan pada tahun ini ialah 'Tarbiyah Rasullah Membawa Rahmat Dalam Berkeluarga'.

2_Kementerian Pembangunan sertai perhimpunan dan perarakan Maulidur Rasul 1440.JPG

3_Kementerian Pembangunan sertai perhimpunan dan perarakan Maulidur Rasul 1440.JPG

4_Kementerian Pembangunan sertai perhimpunan dan perarakan Maulidur Rasul 1440.JPG

ANTARA pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang menyertai perarakan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi tahun 1440 Hijrah yang diadakan di Bandar Seri Begawan.

Attachments