Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Kementerian Pembangunan semarakkan bulan kelahiran Rasulullah

Berita dan Foto: Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi

1_Kementerian Pembangunan semarakkan bulan kelahiran Rasulullah.jpg

MENGETUAI rombongan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di dalamnya di majlis berdikir tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

SENGKURONG, Ahad, 18 November. – Bagi memperingati tarikh keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, seluruh masjid, surau dan balai ibadat di negara ini terus disemarakkan dengan majlis-majlis berdikir memuja keagungan Baginda Rasulullah.

Majlis seumpamanya turut disertai oleh rombongan daripada Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di dalamnya yang berlangsung sejurus selepas Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah di Masjid Sultan Sharif Ali, di sini.

Pada majlis tersebut, rombongan diketuai oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria.

2_Kementerian Pembangunan semarakkan bulan kelahiran Rasulullah.jpg

SEBAHAGIAN daripada warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di dalamnya yang menyertai majlis berdikir di Masjid Sultan Sharif Ali, Sengkurong.

Warga Kementerian Pembangunan bersama jabatan-jabatan di bawahnya serta para jemaah dan takmir masjid yang hadir turut sama-sama membawakan dikir-dikir yang lazim dibawakan, antaranya Dikir Alhamdu, Assalamualaika, Khairuman dan Ashrakal Badru Alaina.

Juga hadir, Penghulu Mukim Sengkurong, Awang Haji Musa bin Haji Tahir serta para penduduk sekitar.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments