Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Hari GIS Sedunia perluaskan pengetahuan teknikal geomatik

Siaran Akhbar dan Foto: Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan

1_Hari GIS Sedunia perluaskan pengetahuan teknikal geomatik.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar ketika menghadiri Sambutan Hari Sistem Maklumat Geografi (GIS) Sedunia 2018 di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 18 November. – Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dan Institusi Geomatik Brunei (B.I.G.) telah menyambut Hari Sistem Maklumat Geografi (GIS) Sedunia 2018 di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Sambutan tersebut dihadiri oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Salah satu peranan B.I.G. ialah untuk mempromosikan dan memajukan sains dan penggunaan geomatik untuk kemajuan komuniti serta mendidik dan memperluaskan pengetahuan teknikal di dalam geomatik.

Sambutan Hari GIS Sedunia merupakan platform yang penting di dalam mengumpulkan pakar di dalam bidang geomatik dan juga bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bidang tersebut.

Pelbagai acara permainan dan aktiviti telah diadakan yang disasarkan kepada orang ramai untuk meningkatkan kesedaran tentang GIS.

2_Hari GIS Sedunia perluaskan pengetahuan teknikal geomatik.jpg

ANTARA aktiviti menarik yang diadakan semasa Hari GIS Sedunia 2018.

Selain daripada itu, pembarigaan perkhidmatan dalam talian terkini Jabatan Ukur iaitu 'Pelan Akui Atas Talian (Certified Plan Online)' juga telah diadakan.

Pelan Akui adalah maklumat tanah yang disahkan dan diakui oleh Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan yang mengandungi maklumat-maklumat seperti keluasan, bering, jarak, garisan sempadan tanah, nombor batu stesen dan lot-lot berdekatan bagi keperluan perancangan, kemajuan dan pembangunan tanah.

Penjualan Pelan Akui dalam talian mula dibukakan kepada orang ramai pada bulan Jun 2018.

Orang ramai boleh membeli pelan tersebut menerusi dalam talian melalui aplikasi GEOPORTAL yang diakses dari laman sesawang rasmi Jabatan Ukur di www.mod.gov.bn/survey.

Dengan adanya penjualan dalam talian tersebut adalah dihasratkan untuk memudahkan orang ramai mendapatkan pelan yang diperakui dengan hanya perlu membuka email dan seterusnya mencetak pelan berkenaan dan tidak perlu mengunjungi Kaunter Jabatan Ukur.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments