Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Kumpulan GST Juara Konvensyen KKC Ke-21

Berita dan Foto: Kementerian Pembangunan

1_Kumpulan GST Juara Konvensyen KKC Ke-21.JPG

KUMPULAN GST dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan menyandang juara Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang Ke-21, 2018 dengan tajuk projek 'Kelewatan Mengemas Kini Rekod Pengeluaran Barang Guna Habis'.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 7 November. – Kumpulan GST dari Jabatan Ukur yang membentangkan projek bertajuk 'Kelewatan Mengemas Kini Rekod Pengeluaran Barang Guna Habis' muncul sebagai juara pada Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) Peringkat Kebangsaan Ke-21, 2018 yang berlangsung di Dewan Teater, Bangunan Jabatan Perdana Menteri.

Juara Anugerah Projek KKC menerima wang tunai BND 6,000 berserta piala iringan dan sijil penyertaan.

Pada majlis itu juga diumumkan penerima Anugerah Khas kepada jabatan yang aktif dalam membudayakan KKC iaitu Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan. Sementara Anugerah Fasilitator Terbaik disandang oleh Dayang Hajah Nona Lieza binti Haji Yahya dari Jabatan Ukur.

2_Kumpulan GST Juara Konvensyen KKC Ke-21.JPG

WAKIL dari Jabatan Ukur menerima Anugerah Khas semasa Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang Ke-21, 2018.

3_Kumpulan GST Juara Konvensyen KKC Ke-21.JPG

DAYANG Hajah Nona Lieza binti Haji Yahya dari Jabatan Ukur menerima Anugerah Fasilitator Terbaik semasa Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang Ke-21, 2018.

Dalam Anugerah bagi Persembahan Terbaik pula, Kumpulan Bakti dari Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya meraih tempat pertama manakala Kumpulan PGS1718 dari Jabatan Ukur meraih tempat kedua.

Pada tahun ini, sembilan kumpulan dari lima jabatan yang mewakili tiga buah kementerian membentangkan projek masing-masing.

Hadir selaku tetamu kehormat menyempurnakan Majlis Penutup Konvensyen dan Penyampaian Anugerah berkenaan ialah Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Awang Haji Roslan bin Haji Taja'ah.

Attachments