Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Jabatan Ukur juara Kejohanan Bulu Tangkis

Berita dan Foto: Kementerian Pembangunan

1_Jabatan Ukur juara kejohanan bulu tangkis.JPG 

TIMBALAN Menteri Pembangunan, Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin bergambar ramai dengan juara Kejohanan Bulu Tangkis Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya Bagi Tahun 2018 iaitu Jabatan Ukur.

BERAKAS, Isnin, 5 November. – Jabatan Ukur telah dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bulu Tangkis Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya Bagi Tahun 2018 setelah menewaskan Jabatan Perkhidmatan Air dengan markah 5 – 1.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan piala kejohanan semasa acara penutup kejohanan tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin yang mewakili Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

2_Jabatan Ukur juara kejohanan bulu tangkis.JPG

TIMBALAN Menteri Pembangunan, Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin bergambar ramai dengan naib juara Kejohanan Bulu Tangkis Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya Bagi Tahun 2018 iaitu Jabatan Perkhidmatan Air.

Kejohanan yang bermula sejak 20 Oktober 2018 itu dianjurkan bersama oleh Jabatan Perkhidmatan Bangunan dan Jabatan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Kerja Raya.

Sebanyak 10 buah pasukan telah menyertainya dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A: Jabatan Ukur, Jabatan Jalan Raya, Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Perkhidmatan Bangunan, dan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi dan Kumpulan B: Jabatan Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal, gabungan Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya dan Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Kemajuan Perumahan, Jabatan Saliran dan Pembetungan, dan Jabatan Perkhidmatan Teknikal.

Juara bagi Kumpulan A disandang oleh Jabatan Ukur manakala naib juara disandang oleh Jabatan Perkhidmatan Air. Sementara itu, Jabatan Perkhidmatan Teknikal merupakan juara bagi Kumpulan B manakala naib juara kumpulan tersebut diraih oleh Jabatan Kemajuan Perumahan.

Pada peringkat separuh akhir yang telah diadakan pada 31 Oktober 2018, perlawanan di antara juara Kumpulan A dan naib juara Kumpulan B dan di antara juara Kumpulan B dan naib juara Kumpulan A telah diadakan bagi menentukan jabatan yang layak ke peringkat akhir. Perlawanan berkesudahan dengan Jabatan Ukur dan Jabatan Perkhidmatan Air yang akan bertanding di peringkat akhir.

Sementara itu, perlawanan bagi menentukan tempat ketiga telah diadakan pada 2 November 2018 yang menyaksikan perlawanan di antara Jabatan Kemajuan Perumahan dan Jabatan Perkhidmatan Teknikal dengan keputusan berpihak kepada Jabatan Kemajuan Perumahan.

3_Jabatan Ukur juara kejohanan bulu tangkis.JPG

SORAKAN semangat daripada penyokong-penyokong pasukan Jabatan Ukur.

Selain untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya, objektif kejohanan ini termasuklah juga untuk meningkatkan kecerdasan mental dan fizikal, memupuk sikap bekerjasama, berkomunikasi dan semangat berpasukan di antara para pegawai dan kakitangan.

Melalui kejohanan ini juga akan dapat membudayakan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti sukan serta mencungkil bakat baru yang dapat diketengahkan bagi kejohanan-kejohanan bulu tangkis di peringkat jabatan dan kementerian.

Acara penutup yang diadakan di Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya itu turut dihadiri oleh Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) Kementerian Pembangunan, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Setiausaha Tetap (Infrastrukur, Perumahan dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; pegawai-pegawai kanan, para pegawai serta kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Attachments