Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Kementerian Pembangunan anjurkan kempen derma darah

Berita dan Foto: Kementerian Pembangunan

IMG_2343_KempenDermaDarah.JPG

BEBERAPA orang kakitangan Kementerian Pembangunan menderma darah semasa kempen tersebut.

BERAKAS, Khamis, 25 Oktober. – Kementerian Pembangunan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) hari ini menganjurkan Kempen Menderma Darah.

Kempen yang diadakan di Ruang Legar, Tingkat 1, Bangunan Kementerian Pembangunan, Berakas itu bermula dari jam 9.00 pagi hingga 11:00 pagi dan dibukakan kepada semua pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya yang berkelayakan untuk menderma.

Kempen ini adalah bagi menggalakkan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dalam kalangan warga Perkhidmatan Awam dan orang ramai serta untuk meningkatkan kesedaran tentang manfaat menderma darah terhadap tubuh badan dan kesihatan penderma.

IMG_2369_KempenDermaDarah.JPG

IMG_2341_KempenDermaDarah.JPG

IMG_2351_KempenDermaDarah.JPG

Attachments