Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Menteri Pembangunan hadiri ASIR, Republik Singapura

​Siaran Akhbar dan Foto: Kementerian Pembangunan

1_ASIR 2018.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar mewakili Negara Brunei Darussalam menghadiri The Asia-Singapore Infrastructure Roundtable (ASIR) yang berlangsung di Pusat Persidangan Marina Bay Sands, Republik Singapura.

REPUBLIK SINGAPURA, Rabu, 24 Oktober. – Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar baru-baru ini menghadiri The Asia-Singapore Infrastructure Roundtable (ASIR) yang berlangsung di Pusat Persidangan Marina Bay Sands, Republik Singapura dengan tema 'Infrastructure Refreshed – A New Phase on Asia's Infrastructure Development'.

Sesi Meja Bulat yang berlangsung pada 23 Oktober tersebut membincangkan keperluan infrastruktur di rantau ini, berkongsi pengalaman terhadap pembangunan infrastruktur dan pelaburan juga menerokai kaedah bagi memanfaatkan teknologi demi memastikan daya tahan dan kemampanan.

Bersandarkan sesi ini, ia memberikan peluang untuk mempelajari inisiatif-inisiatif baharu yang dapat meningkatkan efisiensi dan daya tahan infrastruktur sedia ada juga baharu. Beberapa perbincangan juga dibuat mengenai usaha untuk mendapatkan rakan pemaju dari rantau ini. Perbincangan plenari dipecahkan kepada tiga tajuk utama: Pembekalan Projek Infrastruktur di Rantau ASEAN, Kerjasama untuk Mempercepatkan Kemajuan Infrastruktur di antara Panel Menteri-menteri Asian dan Kedayatahanan Infrastruktur – Bagaimana Rupa Bentuk Infrastruktur yang Mampan dan Tech-enabled pada masa akan datang.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh 250 ketua kerajaan, ahli eksekutif sektor swasta dan institusi kewangan untuk membincangkan peluang-peluang infrastruktur dan kewangan di rantau ini. Para wakil daripada 'multilateral development banks' pula termasuk Asian Development Bank (ADB) dan The International Finance Corporation.

ASIR didahului dengan Ucapan Perasmian daripada Menteri Kewangan Singapura, Tuan Yang Terutama Heng Swee Keat diikuti dengan Majlis Pelancaran oleh Tuan Yang Terutama sendiri.

Hadir mewakili Negara Brunei Darussalam, Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi; Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abd. Razak; Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa, Awang Shahrom bin Haji Awang Suhaimi dan Jurutera di Kementerian Pembangunan, Awang Mohammad Zulaine bin Haji Zahiri.

ASEAN dilaporkan memerlukan pelaburan sebanyak USD1.7 trilion setahun dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi memenuhi keperluan infrastruktur di rantau ini. Beberapa kerajaan di rantau Asia menyatakan bahawa pembangunan infrastruktur dan penyertaan awam adalah keutamaan mereka.

Dalam Panel Mesyuarat Menteri-menteri Asia di bawah Sesi Plenari Ke-2, antara penceramah yang dijemput ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Kedua Kewangan dan Menteri Kedua Pendidikan Singapura, Puan Yang Terutama Indranee Rajah; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi; Menteri Perusahaan Milik-Kerajaan, Republik Indonesia, Puan Yang Terutama Mrs. Rini Mariani Soemarno dan Menteri Perindustrian, Negara Thailand, Tuan Yang Terutama Dr. Uttama Savanayana, manakala Moderator bagi perbincangan para panel pula dari Thomson Reuters, Singapore, Puan Fahima Mathe.

3_ASIR 2018.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar mewakili Negara Brunei Darussalam menghadiri The Asia-Singapore Infrastructure Roundtable (ASIR) yang berlangsung di Pusat Persidangan Marina Bay Sands, Republik Singapura.

Dalam Panel Menteri-menteri Negara Asia, perbincangan berkisar tentang peluang-peluang dan keupayaan setiap negara dan peranan yang dapat dimainkan oleh setiap negara dalam meningkatkan kerjasama serantau berhubung infrastruktur untuk mengatasi sebarang cabaran yang sedia ada dan pemacu pertumbuhan ekonomi.

Pengalaman daripada beberapa negara juga dikongsi dalam bekerjasama dengan pihak swasta untuk mempercepatkan kadar perkembangan infrastruktur dan menerokai pendekatan baharu yang berpotensi untuk perkongsian awam-swasta.

Pada Plenari 1 dengan tajuk: 'Delivering Infrastructure Projects in ASEAN', Singapura adalah Pengerusi ASEAN pada tahun ini dan komited untuk mencapai visi integrasi serantau, sambil mengeratkan hubungan ASEAN secara lebih dekat dengan rakan kongsi luar.

Perbincangan bermula dengan kaedah ASEAN memanfaatkan pelaburan luar dalam projek-projek infrastruktur untuk memacu pertumbuhan ekonomi mampan dan elemen-elemen yang dapat membawa masuk pelaburan sektor swasta bagi memenuhi keperluan infrastruktur di rantau ini.

Perbincangan juga mengutarakan rangka kerja institusi yang berkesan dan struktur projek yang dapat dilaksanakan bagi memenuhi keperluan infrastruktur masyarakat.

Perbincangan Plenari 2 dengan tajuk: 'Collacoration to Accelerate Infrastructure Development' melibatkan panel yang terdiri daripada Menteri-menteri Negara Asia, iaitu dari Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura dan Thailand yang diketuai oleh Moderator dari Singapura.

Dalam sesi itu, Negara Brunei Darussalam berkongsi mengenai pelan-pelan infrastruktur, visi Brunei Darussalam dalam konteks Wawasan Brunei 2035 dan perancangan untuk mengurangkan pergantungan negara kepada sektor minyak dan gas.

2_ASIR 2018.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa menyampaikan Ceramah dalam Panel Mesyuarat Menteri-menteri Negera Asia di bawah Sesi Plenari Ke-2 ketika mewakili Negara Brunei Darussalam di The Asia-Singapore Infrastructure Roundtable (ASIR) yang berlangsung di Pusat Persidangan Marina Bay Sands, Republik Singapura.

Perbincangan mengutarakan isu-isu mencabar beberapa negara di Asia Tenggara yang banyak melabur dalam program-program yang bercita-cita tinggi, ingin mempercepatkan perbelanjaan infrastruktur dan bagaimana mewujudkan peluang kerjasama infrastruktur di rantau ini.

Negara Brunei Darussalam juga mengongsikan beberapa cabaran yang dihadapi dalam melestarikan pembangunan infrastruktur, berasaskan kepada fakta bahawa banyak kerajaan masih bergantung kepada sektor swasta untuk membiayai projek-projek infrastruktur dan bagaimana cabaran-cabaran ini dapat diatasi melalui perkongsian.

Selain itu, perbincangan turut menyentuh mengenai semangat kerjasama, di mana solutions dari negara-negara ASEAN seperti Singapura atau Thailand dapat membuka peluang kerjasama bagi menambah infrastruktur yang sedia ada dan memangkin visi infrastruktur Brunei.

Perbincangan Plenari 3 diteruskan dengan tajuk: 'The Resilience of Infrastructure on How Does the Future of Sustainable and Tech-enabled Infrastructure Look Like'.

Perbincangan dimulakan dengan hakikat atau kenyataan bahawa daya tahan infrastruktur tradisional diukur melalui jangka hayat projek, integriti struktur dan tenability terhadap bencana semula jadi atau buatan manusia.

Dalam era digital, kedayatahanan infrastruktur ditakrifkan semula untuk mengambil kira, sama ada mereka boleh terus menjadi relevan, mampan dan responsif kepada keperluan yang berubah.

Perbincangan juga berkisar tentang bagaimana infrastruktur sedia ada dapat diperbaiki untuk menampung perkembangan baharu dan menjadi lebih berdaya tahan ketika dunia berdepan dengan isu keselamatan dan perubahan iklim dan apakah kaitan pembiayaan iklim dalam meningkatkan kedayatahanan infrastruktur di tengah-tengah, di mana pelaburan besar diperlukan untuk ASEAN.

Selepas Perbincangan Plenari, Bengkel Serentak termasuk Pameran Projek-projek Infrastruktur Serantau dan Perbincangan mengenai Penyelesaian yang Boleh Mengganggu bagi Sektor Infrastruktur diadakan.

Antara tajuk-tajuk perbincangan yang dikongsikan dalam Bengkel berkenaan, Delivering into Philippines "Build, Build, Build" Pipeline Programme, di mana Filipina meningkatkan pelaburan infrastruktur mereka.

Agensi-agensi tempatan juga akan mengguna pakai pendekatan berbeza untuk memastikan projek-projek dilaksanakan tepat pada masanya dan dalam lingkungan bajet yang disediakan.

Selain itu, ADB menyokong usaha tersebut melalui pinjaman $100 juta yang baharu bagi Penyediaan Infrastruktur dan Inovasi Kemudahan (IPIF), memberikan faedah projek-projek yang bernilai kira-kira $3.8 bilion yang akan disediakan di bawah pinjaman tersebut. Perbincangan dapat membantu memahami perkembangan iklim perniagaan dan projek paip di Filipina.

Antara topik lain yang dibincangkan pada Bengkel Serentak, termasuk menangani isu start-ups serantau yang mengganggu sektor infrastruktur tradisional dan berkongsi solution disruptive yang boleh mengganggu di tempat infrastruktur, memanfaatkan potensi pembangunan bandar di Telangana dan perkongsian dalam sektor connectivity dan projek-projek renewable di Indonesia.

Setelah Sesi Meja Bulat berakhir, Kunjungan Muhibah diadakan di antara Menteri Pembangunan Negara, Republik Singapura dan Menteri Kedua Kewangan, TYT Lawrence Wong bersama Menteri Pembangunan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi, diiringi oleh Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Dr. Dayang Nor Imtihan; Pesuruhjaya Perancang Bandar dan Desa, Awang Shahrom dan Jurutera di Kementerian Pembangunan, Awang Mohammad Zulaine.

Perbincangan menekankan kepada langkah untuk melanjutkan kerjasama pada masa hadapan dan membina rangkaian yang lebih dekat untuk kerjasama yang lebih praktikal dan konkrit, terutamanya dalam inisiatif-inisiatif perkongsian dasar-dasar dan pengalaman dalam bidang berkaitan yang merangkumi Pembangunan Program Keupayaan, khususnya dalam bidang infrastruktur mampan dengan menggunakan Pendekatan PPP di bawah empat bidang kerjasama yang ada dalam Pembangunan Perbandaran dan Kemajuan Bandar, Pengangkutan, Tenaga, Sumber Air dan IT pintar untuk memangkin pembangunan infrastruktur di Rantau ASEAN.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments