Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Timbalan Menteri Pembangunan baharu mengangkat sumpah

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Mohamad Azmi Awang Damit, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

1_Timbalan Menteri Pembangunan mengangkat sumpah.jpg

 KEBAWAH DYMM berkenan mengurniakan Surat Pelantikan kepada Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 2 Oktober. – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Mengangkat Sumpah bagi Timbalan Menteri Pembangunan, Kementerian Pembangunan, Yang Mulia Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

Majlis Mengangkat Sumpah tersebut dilangsungkan di hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia, di Istana Nurul Iman.

Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

Surat Perintah Lantikan dibacakan oleh Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar.

Yang Mulia Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan, Kementerian Pembangunan pada 10 Ogos 2018.

Attachments