Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Tarif air baharu akan diperkenalkan

Berita: Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi

1_MMNMOD2018.jpeg

SESI muzakarah warga Kementerian Pembangunan bersama-sama Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 1 Oktober. – Pengenalan tarif air baharu yang lebih berpatutan tanpa menjejaskan pihak yang kurang mampu, akan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat mulai tahun hadapan dalam usaha bagi mengurangkan pembaziran penggunaan air.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar setelah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia semasa mempengerusikan Sesi Muzakarah bersama Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara yang berlangsung di Ibu Pejabat, Jabatan Kerja Raya, Jalan Lapangan Terbang Lama, di sini.

Ke arah itu bagi menerangkan langkah baharu tersebut satu jerayawara bakal diadakan dalam sedikit masa lagi.

Dalam pada itu, Yang Berhormat turut menjelaskan bahawa atas limpah perkenan Kebawah DYMM, Divisyen Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) dan Jabatan Kemajuan Perumahan akan dijadikan Badan Berkanun, iaitu Statuory Board.

Perubahan tersebut merupakan satu pendekatan baru yang bertujuan bagi memantapkan lagi pengurusan dan jentera pentadbiran Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

Sementara itu seperti yang dinyatakan dalam Buku Perancangan Strategik Kementerian Pembangunan, Yang Berhormat juga menjelaskan konsep Private Public Partnership (PPP) akan menjadi satu keutamaan di dalam pelaksanaan projek-projek, di samping membukakan peluang para pengusaha tempatan untuk ikut serta lebih-lebih lagi pengusaha mikro, kecil dan sederhana.

Yang Berhormat menambah, Konsep PPP tersebut turut akan diterapkan dalam pengendalian projek Skim Perumahan Negara RPN bagi mendukung kegiatan sosio ekonomi negara.

Turut disentuh oleh Yang Berhormat ialah isu berkaitan dengan alam sekitar dan pengurusan sampah, yang dijalankan secara holistik melalui penglibatan Kementerian Pembangunan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan. Ke arah memastikan alam sekitar yang hijau dan mampan, menjelang tahun 2019 setiap hari adalah merupakan Hari Tanpa Beg Plastik.

Yang Berhormat seterusnya turut mendedahkan bahawa sebuah Autoriti Kemajuan Daerah Temburong telah dibentuk yang bakal membuat dasar-dasar dan merealisasikan hala tuju kemajuan Daerah Temburong apabila jambatan penghubung Daerah Brunei Muara dan Temburong siap pada akhir tahun hadapan.

2_MMNMOD2018.JPG

SESI bergambar ramai bersama Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments