Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Pemilik tanah bergeran diingatkan jelaskan cukai tahunan

Siaran Akhbar: Jabatan Tanah, Kementerian Pembangunan

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 30 Julai. – Jabatan Tanah, Kementerian Pembangunan sukacita menarik perhatian semua pemilik-pemilik tanah bergeran di Negara Brunei Darussalam (NBD) supaya akan menjelaskan cukai tahunan tanah-tanah yang mereka miliki pada setiap tahun. 

Mereka juga dikehendaki membayar tunggakan cukai tahunan tanah mereka, jika ada. Kegagalan pemilik-pemilik tanah untuk membayar cukai tanah dan tunggakan cukai tanah tahunan dalam tempoh yang telah diberikan, Jabatan Tanah boleh mengambil tindakan undang-undang di bawah Bab 18 Kanun Tanah Penggal 40 di mana pihak Kerajaan berhak untuk merampas dan menjual mana-mana harta alih (movable property) yang ada di atas tanah mereka dan juga berhak untuk menjual dan mengambil balik tanah mereka.

Oleh yang demikian, semua pemilik tanah di NBD diminta untuk membayar cukai tahunan tanah dan tunggakan cukai tahunan tanah mereka di mana-mana kaunter pembayaran pejabat tanah seluruh daerah pada waktu pembayaran yang telah ditetapkan dengan tidak mengikut lokasi tanah mereka ataupun pembayaran melalui dalam talian (online payment) dengan menggunakan kad kredit/ kad debit pada bila-bila masa sahaja di laman sesawang Jabatan Tanah www.laris.gov.bn (LARIS).

Waktu pembayaran cukai tanah di kaunter-kaunter pembayaran Pejabat Tanah seperti berikut:

Waktu pembayaran cukai tanah di kaunter-kaunter pembayaran Pejabat Tanah bagi Daerah Brunei dan Muara ialah Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 1.45 petang hingga 3.00 petang.

Bagi Daerah Belait, Tutong dan Temburong, kaunter-kaunter pembayaran Pejabat Tanah ialah Isnin hingga Khamis, bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 1.45 petang hingga 3.00 petang. Sementara bagi Sabtu, kaunter dibuka dari 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 1.45 petang hingga 2.45 petang.

Kaunter pembayaran ditutup pada Jumaat, Ahad dan hari kelepasan awam.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments