Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Capai hasil kerjasama dua hala

Berita dan Foto: Hernie Suliana Haji Othman

2_12th BSAEV.jpg

MESYUARAT Lawatan Pertukaran Tahunan Brunei-Singapura Ke-12 berlangsung di Songket Hall, Rizqun International Hotel.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 10 Mei. – Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura telah mencapai kemajuan dengan hasil kerjasama positif dua hala di bidang perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar, dan juga pengurusan air dan air kumbahan serta pembangunan yang mampan.

Kenyataan tersebut dinyatakan bersama oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar dan Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air, Republik Singapura, Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad dalam Kenyataan Bersama bagi Mesyuarat Pertukaran Lawatan Tahunan Kali Ke-12 (12th BSAEV) yang berlangsung di The Rizqun International Hotel, di sini.

Kenyataan Bersama itu menjelaskan, kerjasama dua hala akan diteruskan dan diperkukuh untuk meningkatkan hubungan baik yang sedia ada dan menggalakkan perkongsian rapat antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura di bawah rangka kerja Memorandum Persefahaman (MoU), terutamanya di antara pegawai-pegawai dari Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Air, Republik Singapura.

Menurut Kenyataan Bersama tersebut, menteri dari kedua buah negara yakin akan terus membuat kemajuan yang sama di bidang kerjasama lain yang baru selain menangani isu alam sekitar dan cabaran di kedua buah negara.

Republik Singapura akan menjadi tuan rumah Mesyuarat BSAEV Kali Ke-13 Tahun 2019.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments