Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Tinjau kawasan dilanda banjir dan tanah susur

Siaran Akhbar dan Foto: Kementerian Pembangunan

1_LawatanbanjirTemburong.png

PEMANGKU Menteri Pembangunan mengadakan lawatan kerja ke beberapa tempat yang dilanda banjir dan tanah susur akibat hujan lebat di Daerah Temburong pada 20 Disember 2017.

TEMBURONG, Sabtu, 23 Disember. – Pemangku Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar  mengadakan lawatan kerja ke beberapa tempat yang dilanda banjir dan tanah susur akibat hujan lebat yang melanda di Daerah Temburong pada Rabu, 20 Disember 2017 lalu.

Beberapa kawasan yang terlibat termasuk Kampung Belais, Kampung Batang Duri dan Kampung Sibulu, daerah ini.

2_LawatanbanjirTemburong.png

LAWATAN kerja ke beberapa tempat yang dilanda banjir dan tanah susur akibat hujan lebat yang melanda di Daerah Temburong pada Rabu, 20 Disember 2017.

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk meninjau serta melihat lebih dekat kawasan-kawasan yang terjejas bagi melaksanakan usaha-usaha membaik pulih dan penambahbaikan secara infra dengan berapa segera.

Beberapa kawasan di Kampung Belais sudah pun diperbaiki dan selamat untuk digunakan oleh orang ramai, manakala kawasan yang terlibat di Kampung Batang Duri memerlukan siasatan yang lebih lanjut.

Oleh yang demikian, orang ramai adalah dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga di kawasan yang mudah dilanda banjir dan tanah susur.

Turut hadir semasa lawatan tersebut ialah Pemangku Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Norimtihan binti Haji Abdul Razak; Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Awang Mohd. Amir Hairil bin Haji Mahmud, wakil dari Pasukan Polis Diraja Brunei, Angkatan Tentera Diraja Brunei, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments