Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Manage PermissionsManage Permissions
Sambutan Awal Tahun Hijrah Kementerian Pembangunan

Siaran Akhbar dan Foto: Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan

1_majlis_sambutanawalhijrah1439.jpg

YANG Berhormat Menteri Pembangunan selaku tetamu kehormat di Majlis Maal Hijrah 1439.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 28 September. – Kementerian Pembangunan mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1439H di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian Pembangunan, di sini.

Menurut Siaran Akhbar Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, ia dianjurkan oleh Jabatan Ukur yang juga turut diselajurkan dengan Majlis Doa Kesyukuran Kepulangan Jemaah Haji Warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah.

Juga hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar; Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah; Setiausaha Tetap (Teknikal dan Professional), Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Timbalan Setiausaha Tetap, Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak serta ketua-ketua jabatan, divisyen dan unit serta para pegawai juga kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Terdahulu dimulakan dengan bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran oleh Awang Muhammad Yusrin bin Daud dari Jabatan Ukur.

Kemudian diteruskan dengan Ceramah Khas Awal Tahun Hijrah bertemakan 'Kepimpinan Adil Teras Kesejahteraan' yang disampaikan oleh Penolong Pensyarah Bidang Hadith, Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Awang Khairul Nazif bin Haji Awang Damit.

2_majlis_sambutanawalhijrah1439.jpg

CERAMAH khas awal tahun Hijrah bertemakan 'Kepimpinan Adil Teras Kesejahteraan' yang disampaikan oleh Penolong Pensyarah Bidang Hadith, Fakulti Usuluddin, UNISSA, Awang Khairul Nazif bin Hj Awang Damit.

Majlis turut diserikan dengan Dikir Marhaban yang terdiri daripada pegawai serta kakitangan Jabatan Ukur dan bersalaman dengan para Jemaah Haji.

3_majlis_sambutanawalhijrah1439.jpg

JEMAAH Haji Warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments