Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Penerangan
MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid hadir ke Majlis Bertadarus Malam-Malam Bulan Ramadhan di Istana Nurul Iman. (Foto: Jabatan Penerangan)
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 22 Mac. – Majlis Bertadarus Malam-Malam Bulan Ramadhan bagi Tahun 1445 Hijrah / 2024 Masihi diadakan bagi malam ke-11 di Surau, Istana Nurul Iman.
Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.
Hadir sama, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria; dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan.
ANTARA warga Kementerian Pembangunan yang hadir. (Foto: Jabatan Penerangan)
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Isyak dan Sembahyang Sunat Tarawih Berjemaah.
Majlis diikuti dengan bacaan Tadarus Al-Quran dan kemudian diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
Turut hadir, pegawai-pegawai dan kakitangan dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Sumber: Pelita Brunei.