Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Sesi muzakarah Kementerian Pembangunan bersama ahli-ahli MMN

27 Januari 2026 – Kementerian Pembangunan berkongsi beberapa perkara terutamanya isu berkaitan infrastruktur dan pengurusan penyelenggaraannya seperti kerja-kerja pemeliharaan, baik pulih serta menaik taraf aset fizikal kerajaan semasa sesi muzakarah ini.

1_Sesi muzakarah Kementerian Pembangunan bersama ahli-ahli MMN_c.JPG

Keadaan Jalan Raya Semasa Musim Cuaca Aktif Dan Hujan Berpanjangan

​22 Januari 2026 –​ Kementerian Pembangunan mengambil maklum dan memandang serius aduan orang awam mengenai kerosakan jalan raya, termasuk masalah jalan berlubang (potholes) di seluruh Negara Brunei Darussalam.

​​
Kenyataan Media_c.png

Majlis Sembahyang Sunat Hajat, Bacaan Surah Yaasin dan Doa Khas Bagi Merafakkan Kesihatan dan Kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

22 Januari 2026 – Kementerian Pembangunan mengadakan Majlis Sembahyang Sunat Hajat, Bacaan Surah Yasin dan Doa Khas bagi Merafakkan Kesihatan dan Kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selama 4 hari berturut-turut mulai hari Isnin, 19 Januari 2026 sehingga hari Khamis, 22 Januari 2026 bertempat di Surau Kementerian Pembangunan.​


1_Majlis Sembahyang Sunat Hajat, Bacaan Surah Yaasin dan Doa Khas_c.jpeg

Pelan Strategik Kementerian Pembangunan 2024-2029